Kemalangan maut, trafik terhenti 10km

Kemalangan maut, trafik terhenti 10km

Melaka: Trafik di Kilometer (km) 203.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, iaitu antara laluan Simpang Ampat ke Ayer Keroh terhenti 10km susulan kemalangan babitkan kereta, bas dan lori.

PLUS menerusi perkongsian di X memaklumkan sehingga 11.10 malam tadi, semua lorong arah utara dan lorong kanan masih terhalang.

“Trafik terhenti 10km arah utara dan sesak enam kilometer arah selatan. Kenderaan menuju ke utara dilencongkan keluar ke Plaza Tol Ayer Keroh.

“Sementara lorong ‘Smartlane’ diaktifkan untuk arah selatan, lorong kecemasan boleh dilalui di lokasi,” menurut PLUS.

Kenderaan ringan diminta melalui ‘Smartlane’ dengan berhati-hati.

Sementara itu, Bernama yang memetik saksi memaklumkan enam dipercayai maut dalam kemalangan itu.

Maklumat lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top