Baru-baru ini, penyanyi Indonesia yang pernah mencipta nama di Malaysia, Tegar Septian memaklumkan sudah berpisah dengan isteri selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh Tegar apabila sudah penat dan merasakan terlalu banyak masalah yang dihadapi ketika ini dan tindakan berpisah dengan isteri, Sarah Sheika adalah jalan.
Namun, menerusi laporan dari Mstar merujuk kepada perkongsian media tempatan, Tegar dan bekas isteri dilihat keluar bersama bagi membeli barangan anak mereka, Abidzar Oktoviano.
Oleh itu, bekas isteri kepada peserta Big Stage 2022 tersebut mengatakan yang dia tidak mahu perpisahan antara mereka menjadi punca mereka bermusahan lebih-lebih lagi berkaitan anak.
“Secara peribadi, bagi saya masalah perpisahan bukan alasan untuk tidak berkawan. Dia bapa kepada Abidzar (anak) dan kami keluar membeli barangan anak” katanya.
Dalam pada itu, Sarah juga tidak menolak kemungkinan untuk rujuk semula dengan Tegar namun biarlah masa yang menentukan sama ada mereka masih mempunyai jodoh ataupun tidak.
“Tentang kembali bersama atau rujuk semula, biarlah masa yang menentukan dan ia juga bergantung kepada keputusan masing-masing,” jelasnya.
Ditanya sama ada penceraian tersebut benar-benar terjadi atau sekadar gimik sahaja, influencer tersebut sekerasnya menafikan ia hanya gimik kerana melibatkan rumah tangga mereka.
“Tak mungkin saya akan pisahkan Tegar dan anak kami. Ia seperti merosakkan kebahagian anak dan merampas haknya mendapatkan kasih sayang seorang bapa.
Masalah antara kami ini bukan gimik dan ia tidak kelakar jika dijadikan sepeti itu. Siapa yang katakan ia gimik, itu adalah kenyataan salah,” jelasnya.
Untuk rekod, Tegar Septian dan Sarah Sheika telah bernikah pada tahun 2019 ketika penyanyi lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ berusia 18 tahun.
Mereka telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: Mstar