SKUAD ragbi 15 sebelah (15s) Bunga Raya sedang giat memantapkan persiapan fasa kedua di Terengganu, dengan tumpuan utama kepada usaha mengekalkan momentum dan mengelakkan kecederaan kritikal menjelang perlawanan Kelayakan Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) menentang Sri Lanka pada 19 April depan.
Pengendali Bunga Raya 15s, Mohd Saizul Hafifi Md Noor, menegaskan bahawa fokus utama pada fasa ini adalah memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik dari segi kecergasan dan kesihatan.
“Setakat ini, kami terus memantau tahap kecergasan pemain dengan teliti. Prestasi mereka menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dari kem pertama hingga kedua.
“Kecederaan yang dialami juga bersifat ringan dan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 2 hingga 3 hari.
“Kami optimis pasukan akan berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi fasa terakhir latihan,” katanya.
Sebagai rekod, skuad Bunga Raya 15’s negara berpeluang kekal berada di ARC Divisyen Premier musim depan sekiranya menewaskan juara Divisyen 1, Sri Lanka.
Md Saizul juga turut mendedahkan bahawa 30 pemain terlibat dalam kem latihan kali ini, dan jumlah akan dikekalkan untuk fasa seterusnya.
“Ini bagi memastikan skuad sentiasa bersedia dengan penggantian pemain yang berpotensi sekiranya berlaku kecederaan. Alhamdulillah, latihan di Terengganu berjalan lancar.
“Kami berazam untuk mengekalkan momentum positif ini sehingga ke perlawanan menentang Sri Lanka,” tambahnya.
Mengenai perlawanan menentang Sri Lanka, Md Saizul mengakui kedua-dua pasukan sudah lama tidak bertemu.
Namun, beliau menegaskan bahawa analisis mendalam terhadap permainan lawan sedang giat dijalankan.
“Kami sedang berusaha keras untuk menganalisis corak permainan Sri Lanka melalui rakaman video, bagi memastikan pemain memahami strategi mereka dengan jelas. Keyakinan kami tinggi untuk mengekalkan kedudukan dalam Divisyen Premier,” katanya.
Pada masa sama, Kelayakan ARC: Bunga Raya 15s elak kecederaan menjelang aksi Sri Lanka.
Skuad ragbi 15 sebelah (15s) Bunga Raya sedang giat memantapkan persiapan fasa kedua di Terengganu, dengan tumpuan utama kepada usaha mengekalkan momentum dan mengelakkan kecederaan kritikal menjelang perlawanan Kelayakan Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) menentang Sri Lanka pada 19 April depan.
Pengendali Bunga Raya 15s, Mohd Saizul Hafifi Md Noor, menegaskan bahawa fokus utama pada fasa ini adalah memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik dari segi kecergasan dan kesihatan.
“Setakat ini, kami terus memantau tahap kecergasan pemain dengan teliti. Prestasi mereka menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dari kem pertama hingga kedua.
“Kecederaan yang dialami juga bersifat ringan dan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 2 hingga 3 hari.
“Kami optimis pasukan akan berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi fasa terakhir latihan,” katanya.
Sebagai rekod, skuad Bunga Raya 15’s negara berpeluang kekal berada di ARC Divisyen Premier musim depan sekiranya menewaskan juara Divisyen 1, Sri Lanka.
Md Saizul juga turut mendedahkan bahawa 30 pemain terlibat dalam kem latihan kali ini, dan jumlah akan dikekalkan untuk fasa seterusnya.
“Ini bagi memastikan skuad sentiasa bersedia dengan penggantian pemain yang berpotensi sekiranya berlaku kecederaan. Alhamdulillah, latihan di Terengganu berjalan lancar.
“Kami berazam untuk mengekalkan momentum positif ini sehingga ke perlawanan menentang Sri Lanka,” tambahnya.
Mengenai perlawanan menentang Sri Lanka, Md Saizul mengakui kedua-dua pasukan sudah lama tidak bertemu.
Namun, beliau menegaskan bahawa analisis mendalam terhadap permainan lawan sedang giat dijalankan.
“Kami sedang berusaha keras untuk menganalisis corak permainan Sri Lanka melalui rakaman video, bagi memastikan pemain memahami strategi mereka dengan jelas. Keyakinan kami tinggi untuk mengekalkan kedudukan dalam Divisyen Premier,” katanya.
Pada masa sama, Md Saizul turut memuji kemudahan latihan di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, lengkap dan kondusif, yang membolehkan pemain memberikan prestasi terbaik.
“Terengganu menawarkan kemudahan yang lengkap dan berkualiti tinggi, termasuk padang yang baik dan pelbagai kemudahan sokongan lain. Kami sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di sini,” ujarnya.
Md Saizul turut memuji kemudahan latihan di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, lengkap dan kondusif, yang membolehkan pemain memberikan prestasi terbaik.