Aktor, Syed AIman Syed Mahmud merayu agar kerajaan Kelantan mempertimbangkan cadangannya iaitu membuka semula pawagam di negeri berkenaan.
Memetik laporan Astro Gempak, pelakon berusia 47 tahun itu berharap sangat kerajaan negeri mendengar permintaan penggiat seni yang mahukan pawagam beroperasi di Kelantan.
“Saya tahu orang tahu di Kelantan, tiada panggung wayang. Sekarang ini, warga Kelantan kalau mahu menonton wayang, kena pergi Terengganu kerana ia paling berdekatan,”ujarnya.
Syed Aiman berkata, permohonan itu dikemukan ketika majlis malam malam Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan melalui sesi dialog yang diadakan di Putrajaya, baru-baru ini.
Jelasnya panggung wayang boleh berada di mana-mana negeri sahaja, cuma di Kelantan, perlu mematuhi syariah sekiranya ia benar-benar beroperasi.
Tambah suami kepada penyanyi, Linda Rafar, negeri berkenaan pernah mempunyai panggung wayang di mana Panggung Lidi terletak di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu merupakan pawagam terakhir beroperasi sehingga 1996. Bagaimanapun, ia dirobohkan setahun kemudian.
“Antaranya dulu, pernah kata, boleh nak bina panggung wayang tapi tempat duduk perempuan dan lelaki diasingkan. Selain itu, pada waktu Maghrib tiada tayangan filem. Syarat seperti itu, bagi saya mudah, kita boleh ikut,”ujarnya lagi.
Berikutan itu, adalah tidak mustahil sekiranya pihak kerajaan negeri mempertimbangkan cadangannya setelah hampir 25 tahun Kelantan tidak mempunyai pawagam.
Sementara itu, Syed Aiman meluahkan kegembiraan apabila cadangannya itu mendapat maklum balas positif daripada pihak kerajaan negeri.
“Setakat ini, Alhamdulillah, ada nampak sinar. Kerajaan sudah ambil maklum perkara ini. Jadi, dengan kebijaksanaan kerajaan negeri, saya percaya mereka akan mempertimbangkannya.
Apa-apa pun, Aiman mengatakan pihaknya hanya mampu mengusulkan mengenai cadangan tersebut dan hanya menyerahkan keputusan serta kelulusan di tangan kerajaan negeri.
Sumber: Astro Gempak
“Sebenarnya, panggung wayang di mana-mana pun boleh buat, cuma di Kelantan, ada syarat yang perlu dipatuhi.
“Antaranya dulu pernah kata boleh nak bina panggung wayang tapi tempat duduk perempuan dan lelaki diasingkan. Selain itu, pada waktu Maghrib tiada tayangan filem. Syarat seperti itu, bagi saya mudah, kita boleh ikut,” katanya.
Sebelum ini, Panggung Lido di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu menjadi pawagam terakhir beroperasi di Kelantan sehingga 1996, sebelum dirobohkan setahun kemudian.
Berikutan itu, hampir 25 tahun Kelantan tidak mempunyai panggung wayang dan rakyat negeri itu perlu pergi ke Terengganu untuk menonton filem di pawagam.
Menurut Syed Aiman, dia tidak menyangka permohonannya agar pawagam beroperasi di Kelantan mendapat maklum balas positif daripada kerajaan negeri itu.
“Kerajaan negeri tidak terus tolak cadangan itu. Disebabkan demikian, ada sesi dialog yang membincangkan mengenai kehendak penggiat seni.
“Setakat ini, Alhamdulillah, ada nampak sinar. Alhamdulillah, kerajaan sudah ambil maklum perkara ini. Jadi, dengan kebijaksanaan kerajaan negeri, saya percaya mereka akan mempertimbangkannya.
“Kami cuba mengusulkan perkara ini, namun, keputusan dan kelulusan di tangan mereka,” katanya.
Dalam masa sama, Syed Aiman mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menganjurkan majlis makan malam Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan, di sini.
“Ini adalah satu usaha kerajaan negeri menyokong apa yang dilakukan penggiat seni tanah air,” katanya.
Pada majlis terbabit, kerajaan negeri menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Bob Lokman. Sumbangan itu diserahkan kepada anak keempat arwah Bob, Ahmad Rayyan bersama adiknya Ahmad Lukman, 14.
Selain bantuan kepada keluarga Allahyarham Bob, kerajaan negeri turut menyerahkan peruntukan RM15,000 kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Artis Veteran Malaysia (PAVM). Sumbangan diserahkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kepada semua penerima.
“Tetapi dengan adanya sesi dialog bersama Exco kerajaan negeri, mungkin kita boleh dapat jawapan dalam usaha mewujudkan panggung wayang di Kelantan.
“Tetapi dengan adanya sesi dialog bersama Exco kerajaan negeri, mungkin kita boleh dapat jawapan dalam usaha mewujudkan panggung wayang di Kelantan.