Kek Premium Fendymojo Dikecam, Harga RM39 Tapi Dapat Yang Berkulat | Oh! Media

Kek Premium Fendymojo Dikecam, Harga RM39 Tapi Dapat Yang Berkulat | Oh! Media

Hitam itu premium… Mesti la korang kenalkan dengan tagline Fendymojo ni yang terkenal dengan kereta Bezza dia masa zaman Covid-19. Apapun, baru-baru ini dia keluarkan kek coklat premium yang mendapat perhatian ramai.

Namun, perhatian diberikan itu bukan kerana keenakannya, tetapi kerana isu harga yang terlalu mahal dan kualiti yang dipertikaikan.

Seorang wanita yang membeli kek tersebut berkongsi pengalaman dalam sebuah video ulasan. Dia membuat pesanan pada 16 Mac dan menerima bungkusan beberapa hari kemudian. Namun, keterujaannya berubah menjadi kekecewaan apabila mendapati sebahagian kek sudahpun berkulat.

Kek dah berkulat, tapi tetap makan, harap tak sakit perut…

Wanita itu membuka kotak kek dengan penuh harapan, namun terkejut apabila mendapati ada tompokan putih yang menandakan kulat telah mula membiak. Walaupun kecewa, dia tetap membuang bahagian yang terjejas dan meneruskan untuk merasai kek tersebut.

Saya memang minat kek coklat, jadi harapannya tinggi. Tapi bila buka je, terus nampak bahagian dah berkulat. Rasa kecewa, tapi buang bahagian tu dan cuba juga keknya.

Dari segi rasa, wanita itu berpendapat bahawa kek tersebut sebenarnya biasa sahaja. Yang membuatkannya enak hanyalah lapisan coklat ganache di atasnya.

Netizen luah rasa tak puas hati…

Video ulasan ini segera menarik perhatian netizen yang turut mempertikaikan kualiti produk yang dijual sebagai “premium” tetapi gagal memenuhi jangkaan.

Lebih membimbangkan, ada yang menegur tindakan wanita itu yang tetap makan kek berkulat, kerana ia masih berisiko kepada kesihatan walaupun bahagian yang rosak telah dibuang.

Walaupun kulat tu dibuang, akar kulat atau ‘hyphae’ masih boleh merebak ke bahagian lain. Itu tetap bahaya!

Selain itu, ramai membandingkan harga kek tersebut dengan kek coklat lain yang lebih berkualiti dan dijual pada harga jauh lebih rendah, sekitar RM15 ke bawah.

#ApaKataOhmedia

Bila sesuatu produk dijual dengan label “premium”, pastinya pelanggan mengharapkan kualiti setanding dengan harga yang dibayar.

Dalam kes ini, nampaknya pembeli lebih kecewa daripada puas hati. Bagi yang suka kek coklat, mungkin boleh cari alternatif lain yang lebih berkualiti dengan harga lebih berbaloi!


Scroll to Top