KEJOHANAN Olahraga Dalam Dewan Dunia 2023 di Nanjing telah ditangguhkan sehingga Mac 2025, menurut Persatuan Olahraga China (CAA), malam Khamis.
“Keputusan itu dibuat selepas Olahraga Dunia, jawatankuasa penganjur Nanjing dan CAA mencapai persetujuan selepas mengadakan rundingan. Tarikh sebenar acara itu masih belum ditentukan,” menurut CAA menerusi laman sesawangnya.
Nanjing menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia 2020, dan pertama kali ditangguhkan sehingga Mac 2021 akibat pandemik Covid-19 dan kemudian ditunda pada Mac 2023.
CAA dan jawatankuasa penganjur Nanjing berikrar untuk bekerjasama rapat dengan Olahraga Dunia dan meneruskan persiapan untuk acara itu. – Bernama