Kejatuhan Assad: PBB adakan sidang tergempar

Kejatuhan Assad: PBB adakan sidang tergempar

– Advertisement –

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bersidang untuk sesi tergempar pada Isnin berikutan kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

– Advertisement –

Rusia, yang memberikan bantuan ketenteraan kepada rejim Assad semasa perang saudara Syria hampir 14 tahun, meminta sidang secara tertutup itu diadakan bagi membincangkan perkembangan itu, termasuk implikasinya terhadap misi pengaman PBB di Bukit Golan.

Banyak pihak menimbulkan persoalan mengenai siapa yang akan memimpin Syria dan bagaimana negara itu akan pulih selepas bertahun-tahun berperang, dan hampir lima dekad di bawah pemerintahan keluarga Assad.

Assad dituduh melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan semasa perang saudara negara itu, termasuk serangan senjata kimia pada 2013 di pinggir bandar Damsyik.

Lebih setengah juta rakyat Syria maut dalam perang tersebut, dan konflik itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya separuh penduduk negara itu kehilangan tempat tinggal.

Kejatuhan rejim Assad adalah pantas, dengan kumpulan pembangkang menawan bandar Aleppo, Hama dan Homs dalam beberapa hari ketika tentera Syria mula kehilangan kawalan di bandar-bandar utama.

Kumpulan pembangkang diketuai oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang berasal dari Al-Qaeda dan dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat dan PBB. – Agensi / HARAKAHDAILY 9/12/2024

Scroll to Top