Kegiatan seleweng diesel meningkat lima kali ganda

Kegiatan seleweng diesel meningkat lima kali ganda

PETALING JAYA: Sindiket penyelewengan diesel di seluruh negara semakin rancak apabila penyeludup rokok kini dipercayai beralih kepada kegiatan menyeleweng diesel bersubsidi yang dilihat mampu mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit dalam tempoh sebulan.

Memberitahu Utusan Malaysia, sumber berkata, penyeludup dipercayai akan membeli minyak diesel dari stesen-stesen minyak dengan harga RM2.18 sen untuk satu liter sebelum menjualnya antara RM2.60 hingga RM2.80.

Kata sumber, terdapat operasi dijalankan baru-baru ini di sekitar Lembah Klang mendapati berdasarkan transaksi sindiket, mereka mampu mengaut keuntungan mencecah RM150,000 sehari hasil menyeleweng diesel bersubsidi.

ā€œJika mereka buat kegiatan ini selama 15 hari sebulan, keuntuĀ­ngan mereka mampu mencecah hampir RM3 juta.

ā€œPenguat kuasa mendapati kebanyakan mereka yang meĀ­lakukan kegiatan ini dahulunya aktif menyeludup rokok namun kini menyeleweng diesel bersubsidi yang bagi mereka jenayah ini lebih mudah dan untung berlipat ganda dengan cepat,ā€ katanya di sini semalam.

Sementara itu, Ketua PeĀ­ngarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Adam berkata, penyelewengan diesel bersubsidi dikesen meniĀ­ngkat secara drastik dalam tempoh tiga tahun ini.

Katanya, bagi sepanjang tahun 2022, sebanyak 531 kes deĀ­ngan kerugian RM12.7 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu 110 kes (RM3.4 juta).

ā€œBagi tahun 2020, hanya 56 kes direkodkan dengan kerugian RM1.9 juta. Dalam tempoh tiga tahun ini, sebanyak RM18.1 juta kerugian terpaksa ditanggung akibat daripada kegiatan menyeleweng diesel bersubsidi,ā€ katanya.

Menurut Azman, pihaknya mendapati sindiket menggunakan lori bertutup kanvas bagi membeli minyak diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak secara berulang kali sebelum meĀ­ngumpulkan semua minyak itu di tempat tertentu sebelum dijual kepada pihak ketiga dengan harga industri.

Jelas beliau, terdapat segelintir pihak stesen minyak bersekongkol dengan sindiket selain sengaja menjual minyak diesel dalam kuantiti yang banyak meskipun menyedari tangki lori atau kenĀ­deraan yang mengisi diesel di stesen mereka itu diubahsuai.

ā€œTerdapat juga sindiket menggunakan stor pemborong diesel yang sah dan berlesen untuk menyimpan minyak diseleweng bagi mengaburi penguat kuasa ekoran stor haram mereka dihidu dan diserbu oleh pihak berkuasa.

ā€œKemudiannya minyak diesel tersebut akan dijual di dalam pasaran industri dengan harga sebenar malah ada yang lebih rendah.

ā€œKita juga mengesan kenĀ­deraan milik negara jiran yang membeli diesel mengikut kapasiti yang dibenarkan iaitu 20 liter di stesen minyak tempatan sebelum ia dijual di negara jiran mengikut harga pasaran mereka,ā€ jelasnya. ā€“ UTUSAN

Scroll to Top