Kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri akan diteliti – Muhyiddin – Utusan Digital

MUAR: Kerajaan akan meneliti kebenaran untuk merentas negeri dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, Mei ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan diputuskan sebaik sahaja semua data berkaitan dianalisis oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

“Buat masa ini rentas negeri untuk (Hari Raya) Aidilfitri kerajaan belum dapat beri jawapan.

“Kita akan teliti dan diumumkan apabila tiba masanya nanti,” katanya ketika bersarapan pagi bersama masyarakat di Warung Noorizwan, Felcra Bukit Kepong, Pagoh, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Scroll to Top