London: Roy Keane percaya meninggalkan Manchester United mungkin memberikan kebaikan kepada Marcus Rashford kerana dia bimbang penyerang itu hilang keinginan mencapai kejayaan di Old Trafford.
Masa depan Rashford menjadi persoalan selepas pemain berusia 27 tahun itu yang dihasilkan sebagai produk sistem remaja United, diketepikan pada aksi ‘derby’ Manchester.
United menang 2-1 di Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu, dan Selasa lalu, Rashford memberitahu wartawan, Henry Winter betapa ‘dia sedia menghadapi cabaran baharu dan langkah berikutnya.’
“Saya tidak kisah apa yang dikatakannya. Saya fikir ia tepat,” kata bekas kapten United, Keane kepada podcast Stick to Football.
“Ada masanya, rundingan akan berhasil bagi sesiapa saja. Ia sudah berlarutan satu atau dua tahun, sudah tentu ada bakat di sana dan dia sudah berada di kelab ini sejak kanak-kanak.
“Perubahan mungkin memberikan dunia yang bagus buatnya, pasukan dan keluarganya. Pergi saja dan bermain, mungkin pergi ke luar negara atau ke mana saja.”
Kontrak semasa Rashford di Old Trafford adalah sehingga 2028 dan walaupun dia dikaitkan dengan beberapa kelab, pengurus United, Ruben Amorim mahu penyerang England itu terus kekal.
Tetapi, Keane berkata: “Saya sentiasa fikir jika anda tiada keinginan, sukar untuk kembali mencapainya.
“Lupakan mengenai beberapa pounds yang diraihkan sejak tahun kebelakangan dan dengar, bagus untuk dia. Tetapi kami tahu, bagi pemain hebat, tiada apa yang mampu dilakukan mengenainya.”
Keane menambah, meninggalkan United mungkin boleh mengembalikan keinginan Rashford untuk mencapai kejayaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd