KDA FC sambut baik keprihatinan Sanusi

KDA FC sambut baik keprihatinan Sanusi

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menyambut baik keprihatinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang menyatakan kesediaan membantu kelab itu.

Menerusi satu kenyataan dari pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, pihaknya menyambut baik hasrat dalam membantu meringankan beban pasukan itu yang kini sedang berdepan krisis tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

“Sebelum ini pihak KDA FC telah mengadakan beberapa siri rundingan bersama pihak pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dan siri rundingan lanjut berhubung permasalahan kewangan yang sedang dihadapi oleh KDA FC ini.

“Akhir sekali, kami percaya dan yakin Yang Amat Berhormat Datuk Seri boleh memberikan solusi yang cepat dan efisien dalam mencari titik nokhtah kepada kesulitan serta permasalahan kewangan yang melanda KDA FC.

“Segala keprihatinan daripada Yang Amat Berhormat Datuk Seri amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pemain KDA FC memboikot sesi latihan sebanyak dua kali ekoran dakwaan tidak menerima bayaran gaji sejak beberapa bulan lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top