Baru-baru ini, ketika sesi siaran langsung di TikTok, rumah keluarga kepada penyanyi dan pelakon Amira Othman menjadi perhatian ramai.
Difahamkan, ketika itu Amira sedang membuat sesi live bersama Fatah Amin dan mahu memanggil adiknya yang juga penyanyi, Irfan Haris.
BACA: “Solat Banyak Menyelamatkan Saya” – Amira Othman Jaga Solat Sejak Sekolah
@cik.dotty #amiraothman #fattahamin #aofa #tiktokmalaysia?? #fypviral #masukberanda #videoviral #trending #artismalaysia #fyp? #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia
Ketika sesi live berkenaan, Amira dilihat keluar dari bilik untuk memanggil adiknya dan kelihatan suasana rumah penyanyi tersebut yang dilihat besar dan mewah seperti istana.
Diruangan komen, ada netizen mendakwa keluarga Amira mempunyai dua kediaman mewah di Johor dan Kuala Lumpur. Malah, netizen mendakwa Amira merupakan anak Datuk namun semua adik beradik sentiasa bersederhana.