“Kau Nak Sangat Ex Aku Tu, Kahwin Jelah” – Sarah Yasmine

“Kau Nak Sangat Ex Aku Tu, Kahwin Jelah” – Sarah Yasmine

Umum mengetahui, hari ini pelakon sensasi Ruhainies dan Aliff Aziz hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan semula kes khalwat.

Liputan mengenai kedua pelakon itu menjadi bualan ramai termasuk bekas kekasih kepada Aliff iaitu Sarah Yasmine yang turut meninggalkan komen.

BACA: “Saya Jenis Tahu Malu” – Sarah Yasmine Dah Tak Minat Suami Orang

Menerusi satu komen di Instagram sebuah portal hiburan, Sarah seolah menyindir Ruhainies yang hadir memakai pelitup muka ketika hadir ke mahkamah.

Malah, Sarah secara sinis meminta Ruhainies untuk berkahwin dengan Aliff yang juga bekas kekasihnya itu.

“Pakai ‘mask’ sebab tak nak dikecam. Kena tangkap kes khalwat tak malu. Banyak senyum saja.

“Dia (Ruhainies) suka sangat sindir aku. Yelah, kita tahu kau nak sangat ‘ex’ (bekas kekasih) aku tu, kahwin sajalah. Semua tahu kau nak sangat kahwin. Buka saja ‘mask’ kau. Kita tahu kau gembira kena tangkap,” tulisnya.

Difahamkan, kes khalwat dua selebriti tersebut ditangguh dan perbicaraan disambung semula pada 20 dan 27 Februari 2025.

Terdahulu, nama Sarah menjadi bualan hangat ramai apabila wanita berasal dari Singapura itu mendedahkan tangkap mesej perbualan antara Aliff dan Ruhainies yang didakwa berkomplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Scroll to Top