“Kau Memang Ratu Drama & Kaki Dad*h” – Hutang Upah Baju Lebih RM8,000, ‘Designer’ Bengang Artis Hidup Mewah Canang Dicaj Mahal

“Kau Memang Ratu Drama & Kaki Dad*h” – Hutang Upah Baju Lebih RM8,000, ‘Designer’ Bengang Artis Hidup Mewah Canang Dicaj Mahal

Pereka fesyen terkenal yang dikenali sebagai Sola Couture meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap seorang selebriti yang didakwa telah menjatuhkan reputasinya terhadap orang lain.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pereka fesyen tersebut mendakwa selebriti itu tidak bersetuju dengan jumlah busana yang ditempah olehnya mencecah hampir RM7,000.

Bukan itu sahaja, pereka fesyen tersebut turut menyifatkan selebriti itu seorang artis ‘sengkek’ meski hidup mewah selain didakwa mengambil dadah.

“Ada seorang artis ni canang baju aku buat caj dia mahal. Sebelum buat baju, aku dah bagi details jenis kain, lace harga sekian-sekian.

“Dia memang ambil maklum dan nak juga kain tu, dah siap baju tu cantik ya dan bila aku bagi harga terkejut dia cakap mahal.

“Pertama kali nampak orang hidup mewah tapi harga macam tu pun dikatanya mahal. Pastu kau ingat aku nak sponsor? No way.

“Heboh kat orang kata baju aku mahal. Eh, aku nak tanya baki baju kau bayar tak? Aku tak caj ye upah jahit. Aku diam saja tapi kau ni memang ratu drama dan kaki dadah.

“Sebab tu banyak jenama dah ‘angkat tangan’ dan surrender bila dengar nama kau,” katanya.

Berdasarkan hantaran IGs lain, pereka fesyen itu turut mendedahkan bukti resit memaparkan jenis lace dan harga bagi busana selebriti itu dan ibunya masing-masing mencecah lebih RM6,000.

Scroll to Top