“Kau Hamak Sangat Ke Duit Raya?” – Kak KM Luah Rasa Kecewa, Puluhan Parcel & Duit Hilang

“Kau Hamak Sangat Ke Duit Raya?” – Kak KM Luah Rasa Kecewa, Puluhan Parcel & Duit Hilang

Usahawan terkenal, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM meluahkan rasa kecewa apabila puluhan parcel dan duit raya yang diletakkan didalam bungkusan produknya hilang.

Menerusi perkongsian di platform TikTok, Kak KM mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya ketika menggunakan perkhidmatan penghantaran barang yang kini semakin popular digunakan dalam masyarakat.

“Duit raya ada dalam setiap parcel. Lepastu duit raya hilang, parcel hilang. Aku macam mana ye, boleh tak jadi manusia yang jujur?

“Bila kita hantar ke pusat penghantaran barang jadi masalah macam ni. Janganlah… boring lah macam ni.

“Kau hamak sangat ke duit raya? Hamak sangat produk aku? beli lah. Bukannya mahal pun.

“Tengok-tengok puluhan pacel yang hilang. Adakah saya kena stop menggunakan perkhidmaan ni. Sebab bila tak jujur aku boring. Orang tak jujur je aku boring,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menasihatkan agar Kak KM tidak memaklumkan kandungan parcel yang dihantar kepada pekerja perkhidmatan penghantaran barang berkenaan.

 

Scroll to Top