
Katy Perry bersujud dan mencium tanah sejurus selamat tiba di bumi.
WASHINGTON – Bintang pop Amerika, Katy Perry berjaya menyelesaikan misi singkat ke angkasa lepas pada Isnin.
Pelontar lagu Firework dan California Gurls itu dibawa menaiki kapal angkasa, Blue Origin dan berada di Garisan Karman pada ketinggian lebih 100 kilometer di atas bumi selepas berlepas dari barat Texas, Amerika Syarikat (AS) dan kembali semula ke bumi kira-kira 10 minit kemudian.
Menariknya, lawatan tersebut turut disertai bersama lima wanita jelita yang lain termasuk tunang kepada bilionair, Jeff Bezos yang merupakan pemilik syarikat angkasa tersebut.

NS-31 berlepas dari tapak pelancaran di Van Horn, Texas Barat pada Isnin.
“Terbaik, 10/10. Itulah skala yang saya berikan,” kata penyanyi itu yang turut mencium tanah sejurus selamat mendarat semula ke bumi.
Misi khas yang membawa kesemua kru wanita itu adalah yang pertama sejak penerbangan solo bersejarah angkasawan bekas Kesatuan Soviet, Valentina Tereshkova pada 1963.
Ia juga merupakan operasi kru suborbit dikendalikan Blue Origin yang menawarkan pengalaman pelancongan angkasa lepas selama beberapa tahun. – AFP