Berbuat baik rasanya tak perlu tunggu senang. Kadang kala pemberian kecil yang kita lakukan besar maknanya kepada sesetengah orang.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @erinerahim apabila memuat naik satu video menunjukkan suaminya memberi sepasang kasut kepada seorang penghantar kurier ketika pekerja berkenaan menghantar barang ke rumahnya.
@erinerahim Bila kita baik, Allah akan hantarkan orang yang baik² disekeliling kita #berkongsirezeki J&T #fypシ #foryourpage
Menurut wanita itu, pada awalnya dia tidak menyedari perkara tersebut. Namun terlihat yang suaminya berborak lama dengan penghantar kurier di hadapan pintu pagar sebelum masuk ke dalam rumah dan mengambil sepasang kasut yang masih elok.
Suaminya berharap pemberian tersebut dapat digunakan untuk tujuan bekerja selepas melihat kasut yang dipakai penghantar kurier berkenaan sudah rosak. Namun pekerja terbabit memaklumkan kasut berjenama yang diberi itu masih sesuai untuk dibawa berjalan-jalan.
Situasi tersebut sangat bermakna dan mendapat pujian ramai selepas video yang diambil secara diam-diam itu dimuat naik ke aplikasi TikTok.
Rata-rata meninggalkan komen positif dan sempat mendoakan agar pemberi kasut dan penghantar kurier itu dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dunia dan akhirat.
Sumber: TikTok @erinerahim