Kasih sayang untuk anak, bapa gigih pakaikan stoking ketika majlis tunang

Kasih sayang untuk anak, bapa gigih pakaikan stoking ketika majlis tunang

Bercakap mengenai kasih sayang daripada orang tua, selalunya golongan bapa memang sukar menunjukkan kemesraan terhadap anak-anak. Namun jauh di sudut hati, mereka mengambil berat tentang ahli keluarga.

Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan kasih sayang seorang bapa memakaikan stoking untuk anak perempuannya yang melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hati.

Video berdurasi 11 saat tersebut dimuat naik oleh seorang wanita, @chantique77 yang mengakui suaminya itu amat bertanggungjawab dan menjaga hubungan ahli keluarga apatah lagi di hari bahagia anak sulungnya.

@chantique77

♬ Tetap Disini – Hendry Dekrath

Menerusi video itu, dapat dilihat suaminya yang berusia 52 tahun itu menyarungkan sehelai stoking di kaki kanan anak mereka dikenali sebagai Dini Dayana yang duduk di atas kerusi.

@chantique77

E Day Penghuni Pertama Rahimku @dinidayana_ .Alhamdulillah..

♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official

Sementara itu, Dini yang juga usahawan produk kecantikan mengakui terharu atas tindakan bapanya yang melayan dengan penuh kasih sayang demi melihat si anak sempurna di mata orang ramai.

@dinidayana_

kasih seorang ayah 🥺 #fyp #engagementday #onestepcloser #tunang

♬ original sound – make it glow by afroza ete

Meninjau ke ruangan komen @chantique77, netizen meluahkan rasa syukur melihat hubungan ahli keluarga itu selain segelintir merindui kasih sayang seorang bapa, namun insan tersayang telah pergi buat selama-lamanya.

Sumber: TikTok @chantique77 & @dinidayana_