Karnival Ban Canal kembali, sedia terima lebih 20,000 pengunjung

Karnival Ban Canal kembali, sedia terima lebih 20,000 pengunjung

SHAH ALAM: Karnival Ban Canal kembali lagi dengan menyasarkan lebih 20,000 pengunjung untuk menyertai pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung selama enam hari bermula 26 November ini.

Antara aktiviti yang diadakan seperti kayak marathon, kayak sprint, perahu naga dan tradisional, jualan hasil tani tempatan, wall climbing, flying fox, larian bendang, Jualan Ehsan Rahmah, saringan kesihatan percuma, tazkirah malam Jumaat dan Konsert Ban Canal.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Saipolyazan M. Yusop, berkata, program diadakan sejak hari pertama secara berterusan pada sebelah siang dan malam, termasuk pameran agensi swasta.

ā€œSelain itu ada pelbagai pameran, kedai agro, aktiviti sukan bukan sahaja pertandingan, tetapi diajar kepada mereka yang berminat dalam sukan air. Kemudian kita juga ada pertunjukan daripada komuniti Cina, India dan sebagainya.

ā€œPaling menarik adalah larian bendang yang melibatkan peserta yang ramai seperti tahun lepas memakai kain batik, kain pelikat, jadi satu tarikan seperti disebut tadi mengekalkan tradisi walaupun berlaku perkembangan pesat pelancongan di sana,ā€ katanya kepada dalam sidang akhbar, semalam.

Tambahnya, turut disediakan adalah ruang perniagaan kepada peniaga tempatan apabila sebanyak 12 booth dan enam kendera saji berbanding enam booth dan tiga kendera saji pada tahun lalu.

Karnival Ban Canal dianjurkan pertama kali pada 2022, merupakan aktiviti komuniti bagi mempromosikan pertumbuhan pelancongan berasaskan kampung dan pertanian serta menjadi pemangkin utama kawasan Sabak bernam melalui pelbagai aktiviti sukan air.

Malah, sejak tahun lalu program tersebut menjadi agenda utama kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) bersama Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebagai sebahagian daripada aktiviti ekonomi dalam Wilayah Pembangunan Daerah Sabak Bernam (SABDA).

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail yang juga Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna memberitahu, penganjuran karnival pada kali ini juga bakal dihadiri Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang sudi mencemar duli menyertainya.

ā€œBaginda sendiri sudi mencemar duli untuk menjayakan Karnival Ban Canal dan merasai keunikan dan keindahan Ban Canal, jadi kali ini menjadi keistimewaan kepada masyarakat di sana.

ā€œSabak Bernam mempuyai potensi besar untuk dikembangkan dalam semua sektor khususnya sebagai destinasi pelancongan yang dapat mengenengahkan kawasan itu yang juga daerah cukup unik dengan keasliannya ada kondisi kampung dan sebagainya,ā€ ujarnya.

Sementara ADUN Sekinchan, Datuk Ng Suee Lim yang juga Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan memaklumkan penganjuran Karnival Ban Canal kali ini menjadi permulaan awal kepada promosi aktiviti pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025. ā€“ UTUSAN

Scroll to Top