Kapsyen romantik Iqbal Zulkefli buat Diana Danielle undang tanda tanya

Kapsyen romantik Iqbal Zulkefli buat Diana Danielle undang tanda tanya

Nama usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli kembali menjadi bualan hangat ramai susulan memuat naik sebuah hantaran bersama aktres popular, Diana Danielle.

Dalam perkongsian itu, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli berterima kasih kepada Diana kerana hadir dalam hidupnya dan memberi banyak pengajaran yang bermakna.

Kapsyen romantik Iqbal Zulkefli

Instagram will load in the frontend.

“Terima kasih telah hadir di sisi dan di hati saya. Terima kasih mengajar banyak kebaikan dalam hidup,” ujarnya dalam sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Artikel lain: Iqbal Zulkefli bosan hidup mewah, pernah boros habiskan RM1 juta dalam seminggu

Kapsyen romantik Iqbal Zulkefli

Netizen tak puas hati

Bagaimanapun, ucapan romantik Iqbal buat pelakon tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen memandangkan Diana masih berstatus isteri orang.

Boleh mengundang fitnah

Malah, ramai peminat memohon usahawan kelahiran Kelantan itu untuk menyunting kapsyen atau memadamkan hantaran itu kerana ia boleh mengundang fitnah.

Walaupun dua selebriti itu belum mengeluarkan kenyataan, ada segelintir netizen meneka hantaran itu hanya promosi drama atau produk baharu mereka.

Untuk makluman, kemelut rumah tangga Diana dan suaminya, Farid Kamil kembali menjadi sebutan berikutan Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu, selepas lebih setahun rujuk.

Bagaimanapun, Farid dilapor mahu mempertahankan rumah tangga dengan alasan masih menyayangi Diana dan anak-anak, sehinggalah kes perceraian dipanjangkan melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sumber: Instagram @Iqbal Zulkefli

Scroll to Top