Nama Marissa Dania Hakim kembali hangat diperkatakan selepas memuat naik foto beserta kapsyen meruntun jiwa di platform media sosial miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Marissa kelihatan memuat naik foto memperlihatkan dirinya sedang berdiri dihadapan cermin beserta kapsyen seakan menggambarkan situasi dirinya kini.
“Untuk sekarang rangkul yang mahu sejalan. Selebihnya hati-hati dirinya kini jalan,” tulisnya.
Tidak habis disitu, Marissa juga turut menggunakan muzik latar dari kumpulan popular Indonesia, Mahen berjudul, Pura-Pura Lupa.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respons menerusi hantaran tersebut.
Malah, ramai yang mendakwa, Marissa kini dilihat seakan sudah ‘penat’ dengan kehidupan bermadu.