Kane pacu Bayern di Celtic

Kane pacu Bayern di Celtic
Kane pacu Bayern di Celtic

Kane meledak gol kedua Bayern di Celtic Park. Foto Agensi

GERGASI Bundesliga Jerman, Bayern Munich membawa bekalan satu gol untuk perlawanan timbal balik playoff kedua Liga Juara-Juara kedua selepas menewaskan Celtic, 2-1 di Celtic Park.

Pasukan pelawat bimbingan Vincent Kompany yang mengintai slot final tahun ini yang dimainkan di Allianz Arena, Munich, menguasai hampir 70 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama.

Namun Bayern berdepan kesulitan apabila bergelut menyaingi kekentalan barisan belakang Celtic yang tampil berdisiplin sepanjang perlawanan tersebut.

Bayern memiliki beberapa peluang melalui penyerang England, Harry Kane tetapi percubaan Michael Olise pada minit ke-45 memecahkan kebuntuan pada separuh masa pertama.

Kane kemudian menggandakan pendahuluan pasukan pelawat dengan sepakan voli minit ke-49 minit perlawanan yang berlangsung di laman kelab Scotland berkenaan.

Celtic kendalian Brendan Rodgers kemudiannya berjaya mengurangkan defisit pada minit ke-79 hasil tandukan Daizen Maeda untuk menyalakan sedikit harapan buat gergasi Scotland tersebut.

“Pada 25 minit terakhir, kami mula menekan serta lebih aktif di bahagian atas dan anda dapat lihat kesannya.

“Pada kedudukan 2-1, Bayern Munich bertahan. Dan dari situlah kami ambil semula rentak bagi mencipta beberapa percubaan lagi,” kata Rodgers.

LIGA JUARA-JUARA

Playoff Pertama

Celtic 1-2 Bayern Munich

Feyenoord Rotterdam 1-0 AC Milan

AS Monaco 0-1 Benfica

Club Brugge 2-1 Atalanta

Scroll to Top