Isteri kepada penyanyi rap terkenal Tuju membuat satu pendedahan mengejutkan di Instagram. Tiada angin tiada ribut, penyanyi Loca B ini mengaku rupanya mempunyai masalah dengan ibu mentua.
Jelasnya, dia diperlakukan secara tidak adil sejak tiga tahun lalu. Namun kini ibu mentua bertindak semakin melampau membuatkan Loca B tampil memberi amaran.
Loca B beri amaran kepada ibu Tuju

Jelasnya, dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan mesej ibu mentua dan iparnya yang didakwa berkomplot.

Menurut penyanyi terkenal dengan lagu Gila ini, dia tidak akan memperlakukan anaknya sebagaimana yang dilakukan ibu mentua.
Loca B berdoa semoga dia dijauhkan daripada sifat sedemikian. Tulisnya;
Dan Nauzubillah I will ever treat my children like this. Jauhkan Ya Allah. Tolonglah biarku kasihi anakku dengan betul. Tidak mengganggapnya sebagai kepunyaan ku untuk diguna. Anakku tanggungjawab ku. Dia tidak minta untuk di lahirkan.
Dan sekiranya anakku terguris hati kehujung dunia ku mencarinya. Seumur hidup ku cuba tebus. Amin. Sekiranya kamu menceritakan cerita kamu, saya juga boleh ceritakan cerita saya. Saya trauma sehingga mereput di dalam rumah. Takutkan apa akan terjadi sekiranya suami saya meninggal. Apa cerita akan saya hadapi bersama anak anak sekiranya saya biarkan.
Menurutnya, sudah tiga tahun dia bersabar sehingga trauma dengan kehidupan sendiri. Lebih mengejutkan Loca B mendakwa ibu mentua mengambil wang hasil usaha kerasnya dan suami.

Malah, anak sulung Loca B iaitu Yusuf Alezander dikatakan pernah dituduh sebagai penipu. Ibu mentuanya juga didakwa memburukkan suaminya, Tuju kepada orang kampung di Kota Kinabalu.

Konflik keluarga ini dipercayai semakin meruncing disebabkan sikap ibu mentuanya sendiri. Loca B tidak berselindung menceritakan apa yang telah dipendam selama ini.


Sebagai menantu, Loca B memberi amaran supaya ibu mentua berhenti menyebarkan perkara tidak benar mengenai suaminya.
Loca B juga meminta ibu mentuanya memohon maaf di atas apa yang berlaku, jika tidak dia akan mendedahkan lebih banyak lagi.
