Kamu ajar tok guru supaya ada adab, akhlak – Anwar

Kamu ajar tok guru supaya ada adab, akhlak – Anwar

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pas diingatkan supaya mempunyai adab dan akhlak sebelum mengeluarkan sebarangan kenyataan meskipun memperjuangkan Islam.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apabila pihaknya membidas kenyataan yang dilontarkan, partinya diminta untuk tidak melawan kata tok guru yang merujuk kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Tak sokong dia, munafik. Tak sokong dia, dajal. Apabila kita balas terhadap kenyataan mereka, mereka bidas dengan mengatakan ‘jangan lawan tok guru’.

“Saya nak beritahu, kamu ajar tok guru itu supaya ada adab dan akhlak, kalau ada adab dan akhlak kita tidak perlu lawan. Ramai (lagi) tok guru yang kita sokong dan ramai ustaz yang bersama kita,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat di sini, malam ini.

Ogos lalu, Abdul Hadi yang mengaitkan kemenangan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sebagai ‘politik dajal’ apabila beliau menuduh pihak yang berbeza dengan partinya sebagai ‘lebih dajal daripada dajal’. – UTUSAN

Scroll to Top