Usahawan Noor Nabila berang dengan sikap segelintir netizen yang meninggalkan komen sehingga menimbulkan fitnah susulan hubungannya dengan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad.
Menerusi video di TikTok, Nabila berang dituduh sudah rujuk serta menjelaskan hubungan mereka hanya kawan dan meminta untuk menjadi netizen cerdik.
BACA: Noor Nabila Beli Range Rover RM2.5 Juta
@
“Kami ini tiada rujuk, tiada kahwin. Kita kawan. Jangan jadi netizen yang bodoh, jadi netizen yang cerdik.
“Netizen ini sebenarnya nak tengok suami isteri yang bergaduh dan muat naik di sosial media. Yang elok macam kami, macam-macam fitnah,” katanya.
Diruangan komen, netizen bersetuju dengan kenyataan Nabila itu serta memuji sikap kedua mereka dalam menjaga hubungan baik demi anak.
Noor Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 namun bercerai pada Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden kini berusia tujuh tahun.