‘Kami tahu ia akan jadi perlawanan sukar’ – Bidoglio

‘Kami tahu ia akan jadi perlawanan sukar’ – Bidoglio

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio telah menjangkakan perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC akan menjadi aksi yang sukar menyaksikan mereka terpaksa bangkit untuk menang 2-1.

Menurutnya, Sri Pahang memberikan tentangan namun kualiti dan kesungguhan dipamerkan para pemainnya menyaksikan JDT muncul sebagai juara Piala Malaysia.

“Persembahan pemain sangat bagus, saya bangga. Saya gembira kerana pemain bekerja keras sepanjang musim

“Pasukan menunjukkan persembahan baik dalam aksi tempatan dan antarabangsa.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan pemain,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Kemenangan Piala Malaysia itu menyaksikan JDT melakar sejarah baharu bola sepak negara dengan kejuaraan hatrik quadraple.

Ia selepas skuad Harimau Selatan itu memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Scroll to Top