‘Kami ke final berdasarkan merit’ – Eddie Howe

‘Kami ke final berdasarkan merit’ – Eddie Howe
‘Kami ke final berdasarkan merit’ – Eddie Howe

Gordon melebarkan kedudukan Newcastle ketika menentang Arsenal di St James Park. Foto: Agensi

NEWCASTLE United melangkah ke final Piala Liga kedua dalam tiga musim selepas menewaskan Arsenal 2-0 dalam aksi timbal balik separuh akhir kedua di Stadium St James’ Park untuk melengkapkan kemenangan agregat 4-0.

Jacob Murphy meletakkan The Magpies di depan minit ke-19 selepas rembatan Alexander Isak mengenai tiang gawang setelah Martin Odegaard mensia-siakan peluang untuk mengurangkan separuh defisit.

Arsenal, yang dikejutkan dengan kekalahan 0-2 di tempat sendiri pada perlawanan pertama, terus ketinggalan apabila Anthony Gordon menghukum kesilapan pertahanan pada minit ke-52 untuk melebarkan kedudukan tuan rumah.

Kemenangan itu menyaksikan Newcastle, yang tidak memenangi trofi utama sejak 1955, akan berdepan Liverpool atau Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Wembley bulan depan.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Newcastle adalah mara ke pentas final edisi 2023 sebelum tewas 2-0 kepada Manchester United.

“Sesuatu yang hebat apabila dapat kembali ke Stadium Wembley. Kemunculan pertama di sana agak tidak dijangka, kami perlu berada di sana secara berkala, jadi ia bukanlah satu kejutan.

“Kami berada di sana berdasarkan merit, perjalanan tidak mudah tahun ini, kami telah menghadapi empat pasukan Liga Perdana Inggeris, jadi kami telah bekerja keras.

“Semoga kami dapat belajar daripada pengalaman lalu seterusnya meningkatkan prestasi kami,” kata pengendali Newcastle United, Eddie Howe.

Scroll to Top