‘Kami datang bukan untuk berada tangga terakhir’

‘Kami datang bukan untuk berada tangga terakhir’
‘Kami datang bukan untuk berada tangga terakhir’

Skuad hoki dalam dewan lelaki negara tekad labuh perlawanan penentuan tempat ke-11 hingga ke-12 Kejohanan Piala Dunia 2025 dengan noktah kemenangan. Foto FIH World of Sport

SKUAD hoki dalam dewan lelaki negara akan menjelmakan persembahan berkualiti berdepan Trinidad & Tobago dalam perlawanan penentuan tempat ke-11 hingga ke-12 Kejohanan Piala Dunia 2025 pada Ahad.

Malah, pengendali skuad hoki dalam dewan lelaki negara, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi mahu setiap pemain memberikan yang terbaik untuk memastikan pasukan itu tidak menamatkan kejohanan di kedudukan terakhir.

“Kami datang ke kejohanan ini bukan untuk berada tangga terakhir. Jadi kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menamatkan kejohanan di kedudukan ke-11.

“Saya percaya setiap pemain akan memberikan komitmen penuh dalam perlawanan menentang Trinidad & Tobago,” katanya.

Skuad negara sebelum itu tewas kepada Argentina 2-6 dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-12 di Pusat Sukan Zatika, Porec Croatia pada Jumaat.

Gol Argentina dijaringkan Joaquin Gonzalez (m-10), Gaston Rodriguez (m-13, m-23), Facundo G Navarro (m-15), Santiago Moron (m-16) dan Juan Eleicegui (m-40).

Sementara itu, Muhammad Ashran Hamsani (m-25) dan Muhamad Izham Azhar (m-39) menjelmakan jaringan buat pasukan negara.

Mengenai aksi menentang Argentina, Rodzhanizam berkata, kegagalan memanfaatkan peluang penyumbang utama kepada kekalahan skuad negara.

“Kami memiliki peluang menjaringkan gol tetapi tidak dapat memanfaatkannya dengan baik biarpun pemain menampilkan semangat juang tinggi.

“Ini adalah kelemahan utama perlawanan menentang Argentina. Keputusan mungkin berbeza jika penyudah lebih tajam,” katanya.

Scroll to Top