Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menegaskan bahawa keluarga bayi lelaki yang ‘ditahan’ di sebuah hospital swasta memiliki sijil nikah yang sah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Menurut laporan Kosmo, beliau juga memberi amaran kepada pihak yang membuat dakwaan tidak berasas di media sosial untuk memadam kenyataan mereka dalam tempoh tiga jam.
Berkenaan sijil nikah anak guam, kami sudah lihat (sijil nikah). Ia satu bukti yang kukuh. Tindakan (terhadap) fitnah sedang dilakukan. Pihak mendakwa anak guam kami tidak bernikah, kami beri tiga jam untuk padam.
Kami sudah kenal pasti mereka yang buat live di TikTok dan sebagainya. Kita akan lihat siapa yang kena.
Kisah pilu mengenai kejadian ini
Mayat bayi yang meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan kerana kecacatan serius, termasuk hanya memiliki satu mata, tiada hidung, dan tiada saluran lubang najis dilaporkan ‘ditahan’ selama 16 hari di hospital swasta.
Pihak hospital didakwa tidak melepaskan mayat bayi tersebut kerana bapanya tidak mampu membayar bil perubatan.
Bukan tu jer, ibu bayi itu dikatakan tidak dibenarkan keluar dari wad sehingga bil tersebut dijelaskan. Walau bagaimanapun, pihak hospital menafikan tuduhan tersebut dalam satu kenyataan media.
Tindakan undang-undang akan diambil
Ahmad Zaharil menyatakan bahawa tindakan undang-undang sedang diusahakan untuk memastikan hak keluarga ini terbela.
Adakah wajar mayat dijadikan cagaran? Ini soal nilai kemanusiaan.
#OhmediaNasihat
Fitnah boleh memusnahkan reputasi dan menambahkan tekanan kepada mereka yang sedang berdepan ujian berat. Sebelum menyebarkan sesuatu, pastikan kita tahu fakta sebenar. Hormati hak orang lain, terutama dalam situasi yang melibatkan nyawa dan kemanusiaan.