Kamal Adli sangkal dakwaan ke mahkamah syariah -“Mustahil kami bercerai..”

Kamal Adli sangkal dakwaan ke mahkamah syariah -“Mustahil kami bercerai..”

Pelakon Kamal Adli sangkal dakwaan dia dan isterinya, Uqasha Senrose hadir ke mahkamah syariah untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.

Menurut laporan Kosmo! Online, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, akui masih sayangkan keluarga dan tidak akan memilih jalan untuk berpisah.

Kamal Adli sangkal dakwaan

Kamal Adli sangkal dakwaan

“Eh, tak ada! Saya pun tak tahu di mana mahkamah syariah itu.
“Doakan yang baik-baik sahaja dan mustahil untuk saya ke tahap itu (bercerai).
“Insya-Allah tidak, saya sayang anak dan isteri saya,” katanya.

Tegasnya lagi, hubungan dia dan isteri masih dalam keadaan baik dan menganggap dakwaan rumah tangga bergolak hanyalah andaian segelintir netizen semata-mata.

Kata Kamal, dia kini mahu fokus meluangkan masa dengan keluarga selepas meninggalkan mereka atas urusan kerja.

Artikel lain: Intan Najuwa akui diri tak kuat, ‘respect’ ibu yang jaga anak tanpa pembantu

Kamal Adli sangkal dakwaan

“Alhamdulillah setakat ini kami okey, tiada masalah.
“Sekarang saya cuma mahu luangkan masa bersama keluarga sebab sebelum ini terlalu sibuk bekerja,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu mengakui tuduhan tersebut telah membuatkan emosinya terganggu malah, ahli keluarga turut meluahkan rasa bimbang.

“Terganggu! Sebab ramai orang bertanya, sampai ibu saya dan keluarga Uqasha pun tanya ada masalah ke?
“Tapi kami ‘handle’ dengan positif dan pejam mata sahaja. Cuma sekarang kami berdua memang sibuk dengan kerja masing-masing,” tuturnya.

Sekadar info, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Sumber: Kosmo!Online (Muhammad Haikal Ramli)

Scroll to Top