“Kalau Tak Sedap, Boleh Jujur Tapi Jangan Cakap Dalam Video..”- Kaki Review Minta Jumpa Peniaga Terus | Oh! Media

“Kalau Tak Sedap, Boleh Jujur Tapi Jangan Cakap Dalam Video..”- Kaki Review Minta Jumpa Peniaga Terus | Oh! Media

Sebelum ni Ohmedia ada kongsikan artikel tentang reaksi influencer makanan terkenal, Jason yang menjawab dakwaan seorang pemilik akaun TikTok, CEO Kaki Review yang mengatakan dia hanya menjahanamkan perniagaan peniaga makanan.

Namun, dalam video terbaru, CEO Kaki Review tampil memperjelaskan kenyataannya sebelum ini. Menurutnya, dia tidak pernah menyebut nama Jason dan hanya bercakap secara umum mengenai content creator yang membuat reviu makanan.

Dia juga menegaskan bahawa kenyataannya tidak ditujukan kepada mana-mana bangsa tertentu.

“Kalau tak sedap, jangan cakap dalam video”- Kaki Review.

BACA: “Jangan Jujur Sangat..” – Individu Dakwa Jason ‘Jahanamkan’ Perniagaan Peniaga Makanan

Dalam penjelasannya, CEO Kaki Review tetap berpegang pada pendiriannya bahawa pempengaruh perlu berhati-hati ketika memberikan reviu makanan.

Aku nak ketengahkan lagi isu yang tak jujur ini. Boleh jujur, jujur bila kau cakap sedap. Kalau benda tu tak sedap, jangan cakap dalam video. Jumpa owner, kita bagi dia repair.- Jelasnya.

Dia turut meminta orang ramai untuk menonton semula videonya bagi mengelakkan salah faham yang berpanjangan.


Scroll to Top