Pempengaruh dan usahawan Ridzokumura meluahkan rasa rindu terhadap arwah isterinya, Akiko Okumura dengan memuat naik video kenangan mereka bersama.
Menerusi hantaran di TikTok itu, Ridzuan memohon maaf kerana tidak tahu menutup aurat arwah isterinya dalam video berkenaan serta terlalu rindukan Akiko.
BACA: “Saya Beri Sendiri Kepada Polis” – Ridzokumura Nafi Ubat Isteri Dirampas
@ridz_okumura Maaf saya tak tau nk tutup rmabut arwah tapi ini semua memori saya,saya terlalu rindu kan arwah Alfatihah buat insan yg terlalu sya cintai, Allah bagi saya pinjam 16tahun ,tapi saya tahu arwah tahu saya terlalu sayang kan dia dan sky,dan saya tahu arwah ? peratus sayang kan saya dan sky?? saya tak kuat,kalau saya tak da sapa lah nk jaga sky??saya pun tak tau ajal saya bila,kalau sya pergi dulu,sya dh buat keputusan sky akan balik ke japan besama opah nya dan pakcik nya di japan ?? ???
“Maaf saya tak tahu nak tutup rambut arwah tapi ini semua memori saya. Saya terlalu rindukan arwah.
“Al-fatihah buat insan yang terlalu rindu saya cintai, Allah bagi saya pinjam 16 tahun tapi saya tahu arwah tahu saya terlalu sayangkan dia dan Sky,” tulisnya.
Sementara itu, Ridzuan turut mengatakan seandainya dia perlu dahulu suatu hari nanti, dia sudah membuat persiapan buat anaknya, Sky di masa hadapan.
“Saya tahu arwah 100% sayangkan saya dan Sky.Saya tak kuat, kalau saya tak ada, siapa lah nak jaga Sky. Saya pun tak tahu ajal saya bila kalau saya pergi dulu, saya dah buat keputusan Sky akan balik ke Jepun bersama opahnya dan pak cik di Jepun,” katanya.