“Kalau Saya Gatal Nak Kahwin Lagi, Biarlah! Saya Ada Duit”

“Kalau Saya Gatal Nak Kahwin Lagi, Biarlah! Saya Ada Duit”

Selepas bercerai empat tahun lalu, jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengakui sering ditanyakan mengenai hasratnya untuk berkahwin lagi.

Namun, DSV berkata dia juga seorang wanita dan menusia biasa, pasti akan rasa tersinggung meskipun niat pertanyaan tersebut hanya sekadar gurauan.

BACA: “Suka Hati Sayalah Nak Pakai Cincin Besar-Besar”

“Serabut juga bila ada yang tanya tak nak kahwin lagi ke? Dia ingat soal nikah kahwin ini senang ke? Kalau jodoh tak serasi, tak akan nak ulangi sejarah kahwin cerai dalam hidup? Benda ini sensitif tahu tak.

“Ada antaranya mungkin sekadar bertanya gurau-gurau. Sekurang-kurangnya saya ini pernah lah juga berkahwin.

“Bayangkan kalau orang yang bujang ataupun wanita bergelar anak dara tua di luar sana ditanya soalan macam itu? Mesti mereka juga terasa,” katanya.

Dalam pada itu, DSV berkata ramai lelaki cuba untuk mendekatinya malah ada yang mengajaknya untuk berkahwin namun belum berhasrat lagi untuk kembali bergelar isteri.

“Ada saja yang ajak saya kahwin, bagi ayat-ayat manis, mengurat, bosanlah! Kalau tunjukkan usaha atau mereka serius nak kahwin pun saya tak mahu.

“Cukuplah saya ini cantik dan ada duit, yang lain-lain tak payah tanya. Kalau iya pun saya gatal nak kahwin lagi, biarlah! Saya ada duit dan boleh sahaja nak pilih calon suami.

“Itu kalau saya betul nak kahwinlah. Sekarang ini dalam diri saya ini masih ada rasa terkesan dengan pengalaman lama, jadi memang tidaklah,” katanya.

Scroll to Top