“Kalau nak ‘habiskan’ orang, saya ada target lebih besar” – Tunku Mahkota Ismail

“Kalau nak ‘habiskan’ orang, saya ada target lebih besar” – Tunku Mahkota Ismail

Tunku Mahkota Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berasa pelik mengapa orang ramai mendakwa baginda merupakan dalang dalam serangan terhadap pemain bola sepak Selangor, Faisal Halim.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ yang menghadiri program Johor Youth Meetup by Orang Muda Johor (OMJ) pada Ahad berkata kejadian yang menimpa Faisal itu sememangnya perlu dikutuk.

Tunku Mahkota Ismail pelik ramai dakwa baginda dalang insiden Faisal Halim

@bolatribe

“Faisal Halim pemain bola sepak yang baik, beliau bukanlah ancaman” -TMJ menjawab isu balingan asid #jdt #jdtforall #selangorfc #selangor #FaisalHalim

♬ Motivational – Vioo Sound

“Faisal seorang yang baik tapi saya tak tahu hidup peribadi dia. Cuma, apa yang terjadi pada dia itu memang harus kita kutuk. Tapi apa kena mengena dengan saya?” katanya.

TMJ turut mempersoalkan apa kaitan antara dirinya dengan insiden yang menimpa Faisal sedangkan baginda mempunyai ‘sasaran’ lain yang lebih besar.

Tunku Mahkota Ismail di Johor Youth Meet Up pada Ahad

“Ada orang nak cakap TMJ dalang. Eh kalau saya nak habiskan orang, saya ada ‘target-target’ lebih besar dalam negara ni, yang ambil duit rakyat, menyusahkan rakyat, yang bertanggungjawab dengan krisis perlembagaan.
“Mereka ini lebih penjenayah bagi saya, yang perlu dihapuskan, bukan pemain bola sepak. Faisal hanya pemain bola sepak,” ujarnya.

Artikel lain: Isu polis pengiring pukul pemandu OKU, TMJ titah beri keadilan kepada mangsa

Pada masa yang sama, TMJ turut mempersoalkan sama ada warga Selangor dapat berfikir secara rasional ataupun tidak kerana mereka mendakwa baginda sebagai dalang kejadian Faisal.

Tunku Mahkota Ismail warga Selangor berfikir rasional atau tidak

“Takkanlah orang Selangor tak boleh berfikir dengan cara rasional? Saya nak habiskan Faisal buat apa? Kami JDT, lawan dengan Selangor tahun lepas, 4-0, 4-0, 2-0, Faisal main.
“Jadi Faisal bukan ancaman buat saya. Dia memang pemain yang bagus, dia main untuk pasukan kebangsaan dan dia orang yang peramah,” jelasnya.

Dalam pada itu, TMJ turut menyatakan tidak semua orang mengetahui kehidupan peribadi pemain bola sepak itu termasuk baginda.

“Tetapi, kita tak tahu hidup peribadi dia dan kita tak tahu apa agenda di sebalik serangan itu. Benda-benda macam tu pun orang nak cakap saya dalang.
“Pihak polis buat cover up lah, macam-macam. Kalau saya nak buat kerja yang bukan-bukan, nak pakai polis, saya sendiri tak percaya polis saya.
“Rasa hina juga buat benda-benda macam tu, takkanlah saya nak buat macam tu. Macam bapuk buang-buang asid tu,” katanya.

Sementara itu, TMJ berkata dia yakin terdapat gerakan yang mahu menjatuhkan dirinya kerana baginda tidak mudah untuk dipengaruhi.

“Memang ada gerakan untuk character assasinate saya kerana saya adalah yang paling lantang sekali dalam ramai-ramai anak raja dalam negara.

“Kerana saya tak boleh dibeli dan tak boleh ‘dijolok’ dengan projek untuk diam. Tak, saya kalau benda tu betul saya cakap betul, kalau benda tu tak betul saya cakap tak betul.

“Tak kisahlah daripada kerajaan ke, ahli politik ke, kalau benda tu tak betul saya cakap benda tu tak betul,” ujarnya.

Terdahulu, tular insiden Faisal disimbah menggunakan asid sehingga menyebabkan pemain bola sepak itu terpaksa menerima empat pembedahan.

Disebabkan itu, ramai yang telah mengaitkan kejadian tersebut dengan TMJ dan mendakwa baginda merupakan dalang di sebalik serangan terhadap Faisal.

Sumber: TikTok Bola Tribe