Melihatkan hubungan akrab dan mesra pelakon Sheila Rusly dengan kedua-dua menantunya, ada yang menggelarnya mentua dari syurga.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Sheila berkata dia hanya menjadi diri sendiri dan sebagaimana dia melayan anak-anak, sama juga layanan terhadap anak menantu.
BACA: “Syukur Mikha Temui Pasangan Hidup Yang Terbaik Untuknya” – Sheila Rusly
“Saya sebenarnya jadi diri sendiri, tak pernah nak bersikap pura-pura di depan menantu. Macam mana saya layan anak-anak, macam tu juga saya layan anak menantu.
“Kalau kita nak anak kita bahagia, kenapa kita nak bermusuh dengan menantu? Kalau kita bermusuh dengan menantu, anak kita akan berada dalam situasi yang sangat susah,” katanya.
@melodiberapi Ramai yang idam dapat mentua maçam pelakon dan penerbit Shiela Rusly ???? #meloditv3 #shielarusly #mentuapilihan #menantupilihan #kontroversi #sensasi #hangat #panas
Sementara itu, Sheila berkata apa yang paling penting adalah saling hormat menghormati serta menerima menantu kerana ianya adalah pilihan anak-anak.
“Kita kena tahu kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita kena saling menghormati, itu yang penting walaupun dia anak menantu, kita mak mentua. Macam mana sekalipun, kita kena terima dia sebab itu pilihan anak kita,” katanya.
Berikutan tuduhan segelintir netizen mengatakan dia sekadar berpura-pura melayani menantu, Sheila berkata dia tidak tersinggung kerana orang luar tidak mengenali dirinya.
“Saya hanya berlakon bila saya ditawarkan watak yang berbeza. Kalau saya jadi diri sendiri, kenapa saya harus berlakon? Saya sangat bangga dengan diri saya. Saya rasa netizen pun bijak. Jadi realistik, bersyukur dengan apa yang kita ada
Saya tak rasa tersinggung pun kalau orang kata saya hanya berlakon baik (layan menantu). Anda semua tak duduk sebumbung dengan saya, macam mana korang tahu saya berlakon atau tidak?
“Kalau nak tahu, kena lah tanya menantu saya. Kalau saya ni mak mentua yang jahanam, rasanya Elisya dah lama lari, Beatrice dah lari ke Indonesia,”katanya.
SUMBER: Melodi