“Kalau Korang Nak Lebih Happy, Stay Tuned” – Didi Astillah Kongsi Status Hubungan Bella & Syed Saddiq

“Kalau Korang Nak Lebih Happy, Stay Tuned” – Didi Astillah Kongsi Status Hubungan Bella & Syed Saddiq

Adik kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah seakan memberi bayangan mengenai status hubungan kakaknya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi temu bual yang dikongsikan di platform TikTok, Didi mengaku kakaknya itu kini dalam fasa bahagia dan gembira.

“Kak Bella tengah happy sekarang jadi saya doakan yang terbaik.

“Jadi apa yang anda semua lihat depan mata itu adalah dia sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Didi atau nama penuhnya, Dayang Nazilah Awang Astillah menolak dakwaan kononnya apa yang dipaparkan menerusi media sosial itu hanyalah ‘marketing’ semata-mata.

“Kalau ada orang yang cakap marketing, sebenarnya apa yang saya boleh cakap ia bukanlah ‘marketing’ sangat pun.

“Macam anda semua lihat video yang direkod, content mostly sebenarnya adalah unscripted.

“Jadi itu yang membuatkan ia nampak natural dan itu apa yang mereka berdua rasa,” kongsinya.

Meskipun Bella dan Syed Saddiq masih mengunci mulut mengenai hubungan mereka apatah lagi pelbagai respons positif telah diterima dari pihak keluarga Ahli Parlimen itu, Didi bagaimanapun menjelaskan, pihak keluarganya dan rakan terdekat juga mendoakan yang terbaik buat kakaknya.

“Tak kira lah keluarga dekat Sabah ke, malah kawan-kawan sendiri ramai yang mendoakan.

“Jadi bila dah ramai orang mendoakan tu Inshaa-Allah. Ada jodoh atau sebaliknya, semoga mereka berdua akan kekal menjalinkan persahabatan ke? Perkahwinan ke?” jelasnya.

Menjadi antara individu yang sentiasa berada disamping Bella, Didi meluahkan rasa syukur apabila kakaknya itu semakin bahagia, malah lebih bersemangat walaupun sibuk dengan kariernya.

“Kalau perasan kak Bella dan abang Saddiq mereka tak nak nampak macam melampau atau over share. Saya rasa bagus begitu kerana takut orang muak sebab benda itu ada yang betulnya juga.

“Tapi bagi saya, itu hak mereka sama ada mahu mengunci mulut. Cumanya, tak ada lah mereka nak ‘tutup mulut’ sangat pun.

“Bila perasan bulan puasa last year, kak Bella sangat sedih dan sekarang syukur alhamdulillah. Memang dia dah ada selera makan, berbuka makan banyak dan meskipun tengah busy dia sentiasa ada semangat, bertenaga. Syukur alhamdulillah.

“Apa benda yang boleh buat dia happy… saya, mama dan semua keluarga rasa bersyukur di atas apa sahaja yang dia tengah rasa.

“Doa yang baik-baik. Kalau anda semua nak lebih happy, stay tuned guys,” ujarnya.

Scroll to Top