“Kalau Dapat Lelaki Kaya Pun, Entah-Entah Tidur Malam Pun Asyik Tak Sedap Hati”

“Kalau Dapat Lelaki Kaya Pun, Entah-Entah Tidur Malam Pun Asyik Tak Sedap Hati”

Sepanjang enam tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Jue Aziz berkata ramai lelaki mahu mencuba nasib mendekatinya namun hatinya tidak terbuka menerima kehadiran orang baru.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…

Memetik Utusan, Jue berkata suaminya, Ridwan Hussein merupakan rakannya dan sudah lama dia sabar menunggu pintu hatinya terbuka. Katanya lagi, dia membuat keputusan berkahwin dengan Ridwan juga kerana ibunya.

BACA: Status Jue Aziz Akhirnya Terjawab, Kembali Bergelar Isteri 18 Ogos Lalu

“Ridwan sudah lama ada dalam hidup saya sebagai seorang kawan. Tak dinafikan dalam masa yang sama, dia pun antara yang mencuba nasib. Lama juga dia bersabar menunggu pintu hati saya terbuka.

“Boleh dikatakan, saya akhirnya buat keputusan bernikah dengan Ridwan ini kerana ibu juga. Dalam usianya yang sudah 70 lebih, ibu sebenarnya kurang sihat.

“Ibu dah lama suruh saya kahwin, sampaikan pernahlah cuba carikan jodoh dengan saudara-mara. Tetapi, akhirnya saya terbuka hati dengan Ridwan sebab nampak usahanya,” katanya.

Sementara itu, Jue berkata mungkin ramai beranggapan dia mencari lelaki yang kaya harta, namun baginya kemewahan bukanlah satu jaminan kebahagiaan rumah tangga.

“Sebelum ini ramai agak saya ini wanita yang high maintainence walhal tidak pun. Sebab itu orang hairan bila saya kahwin dengan Ridwan, lelaki lebih muda dan biasa sahaja.

“Saya memang tak akan cari orang kaya. Saya pilih untuk hidup sederhana, suami isteri sama-sama menyokong, saling melengkapi dan bahagia dengan cara sendiri.

“Kalau dapat lelaki kaya pun, entah-entah tidur malam pun asyik tak sedap hati. Saya cuma nak ketenangan sahaja sekarang dan sama-sama cari ilmu dekatkan diri dengan Allah. Kalau asyik fikir duit sahaja, perkahwinan itu tak akan ke mana,”katanya.

Terdahulu, status pelakon itu akhirnya terjawab apabila sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati dikenali sebagai Ridwan dalam satu majlis pernikahan pada 18 Ogos lalu.

SUMBER: Utusan

Scroll to Top