“Kalau Dapat Jumpa Pakcik Tu Saya Nak Peluk Dia” – Zynakal Mengalir Air Mata

“Kalau Dapat Jumpa Pakcik Tu Saya Nak Peluk Dia” – Zynakal Mengalir Air Mata

Ramai yang terkesan dengan kes lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dipukul sekumpulan peniaga termasuk penyanyi Zynakal yang menyifatkan tindakan tersebut sangat kejam.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Zynakal berkata dia terpanggil memberi respon mengenai kes itu apabila mengetahui lelaki berusia 47 tahun itu ada masalah kesihatan mental.

BACA: Zynakal Mohon Maaf, Tiada Niat Persenda Budaya Sarawak

@zynakal

? original sound – Zynakal – Zynakal

“Kes pak cik OKU dipukul buat saya terpangil untuk beri respons. Fizikal pak cik itu nampak sempurna tetapi dia ada masalah kesihatan mental.

“Apabila bercakap fasal ‘mental illness’, saya jadi ‘triggered’. Pakcik itu sudah tua, saya tak boleh terima apabila dia dipukul. Perbuatan tersebut sangat kejam,” katanya.

Sementara itu, Zynakal yang turut berdepan masalah Bipolar Mania turut bersimpati sehingga menitiskan air mata serta mendoakan buat pakcik berkenaan.

“Kalau dapat jumpa pakcik itu, saya nak peluk dia. Saya nak beritahu dia yang ramai orang tak akan faham tentang masalah mental. Saya harap dia dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret beberapa individu di sebuah pasar awam. Kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki itu yang menunggang motosikal terlanggar sebuah gerai sehingga mengakibatkan makanan jualan peniaga terjatuh.


Scroll to Top