Kalamullah tinggalkan Kedah sertai Selangor

Kalamullah tinggalkan Kedah sertai Selangor

KUALA LUMPUR – Selangor FC (SFC) secara rasmi mengumumkan kehadiran bekas penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kalamullah Al-Hafiz ke skuad The Red Giants.

“Selangor FC hari ini secara rasmi mengumumkan penjaga gawang baharu kelab, Kalamullah Al-Hafiz bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024-25.

“Selangor FC mengucapkan selamat datang kepada Kalamullah Al-Hafiz. Semoga beliau dapat menambah kekuatan barisan penjaga gawang Gergasi Merah untuk Liga Malaysia musim 2024/2025 dan saingan ACL 2. Selamat datang, Kalam!,” kata pasukan itu di hantaran Facebook miliknya.

Sebagai rekod, Kalamullah, 28, memulakan karier bersama Felda United sehingga berjaya menembusi skuad utama pasukan itu.

Penjaga gol itu terus menempa nama bersama skuad Petaling Jaya (PJ) City FC sejak 2019 dan mencatat 54 penampilan sepanjang empat tahun sebelum pasukan itu dibubarkan.

Namanya semakin disegani bersama KDA FC selama setahun dengan 36 penampilan dan berdasarkan statistik, Kalamullah berjaya mencatat 34 rekod perlawanan tanpa bolos.

Persembahan cemerlangnya pada musim 2022 membantu beliau untuk beraksi buat kali pertama bersama skuad Harimau Malaya pada 9 Disember dalam aksi perrsahabatan menentang Kemboja. – MalaysiaGazette

Scroll to Top