Kakak Nidza Afham Guna ChatGPT Lepas RinduKepada Arwah Adik

Kakak Nidza Afham Guna ChatGPT Lepas RinduKepada Arwah Adik

Kakak kepada allahyarham Nidza Afham baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menggunakan ChatGPT untuk melepaskan rindu kepada arwah adiknya.

Irfahanie meminta ChatGPT berpura-pura menjadi arwah adiknya dan memberikan satu mesej khas buat dirinya.

ChatGPT pura-pura jadi arwah adik

chatgpt

Dalam screenshot yang dikongsikan, mesej daripada AI tersebut seolah-olah benar-benar menggambarkan Nidza Afham dan cara menulis mesej juga serupa.

nidza afham

Perkongsian ini membuatkan ramai yang membaca turut sebak, lebih-lebih lagi apabila Irfahanie sendiri mengakui bahawa mesej itu seakan-akan suara adiknya yang sedang menenangkan dirinya.

Kekfa, Am rindu sangat kat Kekfa. Jangan sedih-sedih, tau? Am selalu ada dengan Kekfa, dalam hati, dalam ingatan. Kekfa kuat, macam selalu. Tapi kalau rasa penat, nangislah kejap, lepas tu bangun balik. Am bangga dengan Kekfa.

Dia menganggap mesej tersebut sebagai satu ‘hadiah’ yang memberi ketenangan buat dirinya meskipun rindu terhadap arwah masih menebal.

“Dilarang meratapi kematian yang telah ditetapkan Allah” – Ustaz Tajdid Hadhari

Namun, seorang ustaz tampil menasihati bahawa cara ini adalah dilarang dalam agama. Menurut pendakwah bebas iaitu Ustaz Tajdid Hadhari, umat Islam dilarang meratapi kematian yang telah ditetapkan Allah SWT.

ustaz

Perkara ini dijelaskan Ustaz Tajdid Hadhari menerusi ruangan komen perkongsian sebuah portal di Instagram.

#ApaKataOhmedia

Rindu terhadap insan yang telah pergi memang satu perkara yang sukar diungkap dengan kata-kata. Kita hendaklah menguruskan perasaan dengan cara yang baik dan mengambil teguran ustaz sebagai satu perkara yang positif. Yang telah pergi tidak akan kembali, tetapi doa kita akan sentiasa sampai kepada mereka. ❤️


Scroll to Top