Kak KM Belum Sedia Terima Menantu, Anak Kemas Bilik Pun Tak Pandai

Kak KM Belum Sedia Terima Menantu, Anak Kemas Bilik Pun Tak Pandai

Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli berkata dia belum seida untuk menerima menantu meskipun anak-anaknya kini sudah meningkat dewasa.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Kak KM berkata anak-anaknya belum sesuai lagi untuk mendirikan rumah tangga.

“Aku belum lagi nak terima menantu. Nabila tahun ini umur 21, Faris 19. Tak sesuai untuk kahwin. Masing-masing belum boleh,” katanya.

Sementara itu, Kak KM berkata dia hanya akan membenarkan anak-anaknya untuk berkahwin apabila mereka sudah boleh menguruskan diri serta jujur menceritakan perangai anak-anak.

“Macam Nabila, kemas bilik pun tak pandai. Faris bercakap elok-elok pun tak boleh dengan aku. Jadi, jangan berangan kau nak kahwin,” katanya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataannya yang tidak membenarkan anak berkahwin selagi sikap mereka tidak berubah dan belum lagi bersedia.


Scroll to Top