Usahawan terkenal, Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM beli rumah bernilai RM 1juta untuk setiap anaknya kerana bimbang akan masa depan mereka andai dirinya dijemput Ilahi.
Dengan pengalaman hidup yang mencabar, beliau bertekad untuk mengubah nasib generasi seterusnya dengan memastikan setiap anaknya memiliki kediaman sendiri.
Menurut Kak KM, hasrat untuk membeli rumah bagi setiap anaknya telah lama tertanam dalam dirinya, bahkan sebelum beliau mula berniaga.
Kehidupan yang penuh cabaran mendorongnya untuk mencari jalan keluar daripada kesusahan.
“Ini adalah niat pertama saya sejak zaman susah, sebelum saya mula berniaga. Saya terfikir, sampai bila kami mahu menyewa rumah?
“Anak-anak pula terpaksa berkongsi bilik. Saya ada anak lelaki dan perempuan, jadi mereka tidak boleh duduk sebilik. Dari situlah lahirnya tekad untuk berniaga dan memperbaiki kehidupan,” katanya.
Kak KM beli rumah RM1 juta untuk setiap anak
Usahawan berusia 44 tahun itu berkata, tindakan membeli rumah untuk anak-anaknya bukan sekadar simbol kejayaan tetapi juga sebagai satu langkah persiapan sekiranya dia tiada di dunia ini kelak.
“Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Jadi, saya mahu pastikan anak-anak saya tidak terbiar jika sesuatu berlaku kepada saya.
“Saya tidak mahu mereka berada dalam keadaan tidak menentu. Segala rezeki yang Allah berikan kepada saya adalah juga rezeki mereka,” jelasnya lagi.
Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri turut mendedahkan bahawa harga untuk sebiji rumah bagi setiap anak-anaknya adalah RM 1 juta.
“Anggaran setiap sebuah rumah untuk seorang anak dalam RM1 juta. Kita hidup di kawasan Kuala Lumpur jadi harganya memang begitu dan yang penting selesa.
“Belum ada yang tinggal seorang. Apabila mereka sudah berumah tangga barulah pindah,”kongsinya.
Artikel lain: Belikan rumah untuk setiap anak, netizen idam Kak KM jadi ibu -“Untungnya!”
Terdahulu, Kak KM pernah berkongsi momen gembira ketika membeli rumah buat anak-anaknya iaitu Nabila, 21, Faris, 19 dan Rania, 16.
Sekadar info, Kak KM dan suaminya, Razman Ramli mempunyai empat cahaya mata iaitu Nabila, 21, Faris, 19, Rania, 16 dan Cinta Carissa, 4 tahun.
Sumber: mStar Online (Maszuhaira Sarimin)