Pelawak Mamat Sepah berkongsikan dugaan dilaluinya apabila dia mengalami luka pada bahagian kanan pinggang semasa cuba cium Hajar Aswad ketika menunaikan ibadah umrah.
Memetik mStar Online, Mamat berkata ketika dia sedang berasak-asak dia merasakan seperti ada sesuatu yang tajam tercucuk di pinggangnya dan menjerit kesakitan.
BACA: “Nyawa Aku Hilang Berbelas Tahun..” – Mamat Sepah Kini Hos Dol’s Podcast
Tambahnya lagi, meskipun ketika rasa itu pedih namun dia hanya membiarkan saja dan sempat membawa isterinya pergi makan namun apabila tiba di bilik baru sedar kain ihram dipakainya berdarah.
“Ketika berasak-asak dengan ramai jemaah lain, tiba-tiba saya rasa seperti ada besi tercucuk pada bahagian pinggang. Saya menjerit kesakitan dan selepas itu terus bawa isteri keluar.
“Apabila sampai di bilik penginapan baru sedar kain ihram dah berdarah dan ada koyakan pada kulit bahagian pinggang,” katanya.
Sementara itu, Mamat berkata dia terus dibawa ke klinik berdekatan dan memilih untuk hanya menampal bahagian yang tercedera meskipun doktor mencadangkan agar luka tersebut dijahit.
“Apabila berlaku kecederaan begini saya pun takut nak berada di tempat ramai orang. Bimbang terkena bahagian luka,” Sedih juga kerana tidak dapat mengerjakan ibadah umrah kali kedua bersama rakan-rakan,” katanya.
Dalam pada itu, Mamat berkata dia tenang menerima ujiabn berkenaan serta menganggap kejadian itu sebagai satu ‘hadiah’ buat dirinya.
“Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Mungkin benda tajam itu adalah gunting yang dibawa jemaah untuk bertahlul. Ini adalah dugaan dan hadiah buat saya.” katanya.
SUMBER: mStar Online