Kadar kelahiran di Singapura rekod paras terendah dalam tempoh lima dekad

Kadar kelahiran di Singapura rekod paras terendah dalam tempoh lima dekad

SINGAPURA- Kadar kelahiran bayi di Singapura tahun lepas, jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima dekad.

Straits Times Singapore memetik Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan melaporkan, seramai 33,541 bayi dilahirkan pada 2023, merosot 5.8 peratus berbanding 35,605 bayi yang dilahirkan tahun sebelumnya.

Laporan tahun-tahun sebelumnya menunjukkan statistik kelahiran pada 1971 adalah seramai 47,088.

Katanya, kerajaan Singapura juga telah melonggarkan undang-undang membekukan ovum di samping menggandakan bayaran paterniti bagi membendung kemerosotan kadar kesuburan yang jatuh ke paras terendah dalam sejarah kepada 0.97 pada 2023.- Agensi