“Kad Bank Saya Ibu Pegang, Ibu Boleh Guna Saja Bila-Bila Masa”

“Kad Bank Saya Ibu Pegang, Ibu Boleh Guna Saja Bila-Bila Masa”

Pelakon Haneesya Hanee mendedahkan dia menyerahkan semua urusan kewangan kepada ibunya, Nor Sakuraneeda termasuk semua kad bank miliknya.

Menjawab persoalan netizen di Insta Story, Haneesya berkata ibunya juga boleh menggunakan kad bank miliknya bila-bila masa tanpa had.

BACA: Bengang Dengan Watak Sally, Netizen Hina Rupa Paras Haneesya Hanee

Menurut Haneesya lagi, duit miliknya adalah hak ibunya juga kerana bukan dia seorang sahaja yang bekerja sebaliknya ibunya juga adalah pembantu peribadinya serta menguruskan kerjayanya.

Tambah Haneesya lagi, dia percaya bahawa rezeki yang diperolehnya itu adalah dari doa ibunya juga dan segala pengorbanan ibunya tidak terbayar.

“Semua ini sebab berkat doanya setiap masa. Saya percaya rezeki yang saya dapat sebenarnya hasil doa dia. Tak cukup dan banyak lagi saya nak bagi. Tak terbayar dan terganti dengan apa yang mummy sudah buat untuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Haneesya berkata ibunya tetap meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum menggunakan duitnya meskipun sudah memberi kebebasan.

“Tapi mommy sebenarnya tak sanggup pun guna duit saya. Sebelum guna, dia mesti minta izin dahulu dan jawapan saya selalunya “pakai je la mommy”,” katanya.

SUMBER: HibGlam


Scroll to Top