Kacau isteri tak bagi menangis, Shukri Yahaya dipuji seakan ‘Khuzairi in real life’

Kacau isteri tak bagi menangis, Shukri Yahaya dipuji seakan ‘Khuzairi in real life’

Nama pelakon Shukri Yahaya sememangnya sangat sinonim dengan watak suami romantis dan sweet terhadap isteri.

Ternyata di kehidupan peribadi, Shukri juga turut disamakan dengan watak di dalam drama lakonannya kerana begitu lembut dengan isteri tersayang Tya Adnan sehingga mendapat perhatian warganet.

Menerusi perkongsian daripada satu akaun TikTok dikenali sebagai @erewaa, dia telah memuat naik sedutan live IG isteri Shukri yang sebak ketika berinteraksi dengan peminatnya sewaktu bercerita berkenaan arwah ibu.

Secara tiba-tiba pelakon yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaimu itu muncul di sebalik pintu sambil ‘mengacau’ Tya Adnan agar isterinya tidak terus menangis.

@erewaa

nak satu macam macam husband kak tya can ? 😂 #shouldbeme #fypシ

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Hal tersebut menjadi perhatian warganet dan memuji tindakan Shukri yang kembali membuatkan isterinya tertawa dan tidak terbawa-bawa dengan perasaan.

Sehubungan dengan itu, ruangan TikTok sumber telah dipenuhi dengan komen-komen dari warganet terutamanya golongan wanita yang begitu kagum dengan layanan pelakon itu kepada isterinya.

Mereka juga sempat mengharapkan akan memperoleh seorang suami seperti Shukri kerana berasa bahagia melihat pasangan selebriti itu.

Sumber: @erewaa

Scroll to Top