Pada 30 April 1987, akhbar Utusan Malaysia melaporkan K.S. Nathan dari Ipoh, Perak yang memulakan kerjaya guamannya sebagai pegawai buruh dalam perkhidmatan kerajaan menjadi Queen Counsel dari Malaysia yang pertama diterima masuk oleh Ketua Canselor Kehakiman Lord Hailsham di Dewan Negara Britain (House of Lords).
Nathan memasuki golongan peguam di Britain yang dikenali dengan ‘QC‘ yang mana golongan peguam-peguam tersebut telah berkhidmat di bar Inggeris dan Scotland melebihi 10 tahun.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 30 April 1984 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan terdapat lebih dari 35 jenama ubat-ubatan di negara ini yang mengandungi morfin yang boleh menyebabkan ketagihan dadah serta mengkhayalkan.
- 30 April 1985 – Syarikat insurans Talasco Holding Berhad telah mempelbagaikan cabang perniagaan dengan membeli ladang kelapa sawit seluas 12,140 hektar bernilai RM120 juta pada tahun ini.
- 30 April 1986 – Negara-negara Islam dan ASEAN yang mempunyai 61 peratus umat Islam disaran supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang merestui fahaman zionis.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]