Juventus destinasi baharu Luiz

Juventus destinasi baharu Luiz

London: Juventus berjaya mendapatkan tandatangan pemain tengah Brazil, Douglas Luiz dari Aston Villa dengan nilai RM252 juta.

Luiz dilaporkan bersetuju sertai kelab Serie A itu dengan ikatan kontrak selama lima musim sekali gus muncul tonggak terbaharu Villa yang meninggalkan pasukan ketika kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pemain berusia 26 tahun itu berpindah dari Manchester City untuk menyertai Villa pada 2019 dan muncul sebagai salah seorang tonggak utama pasukan dengan membantu Villa menamatkan kempen EPL di tangga keempat musim lalu.

Dia sudah meledak 22 gol dalam 204 penampilan buat Villa, berjaya melepasi ujian kesihatan dan akan terus menyertai Juventus sebaik selesai tugasan bersama Brazil dalam saingan Copa Amerika Ketika ini.

“Saya gembira menjadi sebahagian keluarga Juventus. Saya sudah tidak sabar beraksi di Stadium Allianz. Jumpa di sana nanti,” kata Luiz menerusi sosial medianya.

Dalam perkembangan sama, Villa mengesahkan perkara itu di laman website kelab EPL itu hari ini.

“Aston Villa boleh mengesahkan yang Luiz sudah sah menyertai Juventus,” kata kelab itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd