Jurusolek Terserempak Dengan Azar Azmi, Sempat Berkongsi Cerita  – “Dia Luah Apa Terjadi Sepanjang Menghilangkan Diri… Kami Hampir Menangis”

Jurusolek Terserempak Dengan Azar Azmi, Sempat Berkongsi Cerita  – “Dia Luah Apa Terjadi Sepanjang Menghilangkan Diri… Kami Hampir Menangis”

‘Kehilangan’ pelakon Azar Azmi dari industri hiburan masih menjadi persoalan ramai peminatnya.

Terkini, seorang jurusolek yang dikenali sebagai Elle Rahman berkongsi pertemuannya bersama Azar secara kebetulan ketika sedang bercuti.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Elle berkata Azar terbuka menceritakan mengenai ‘pemergiannya’ dari industri, namun kisah tersebut kekal sebagai rahsia antara mereka.

“Lamanya dia menghilang. Kita pegang tangan sama-sama, menceritakan kisah hidup masing-masing. Dia cerita kenapa dia hilangkan diri.. Hampir kita orang menangis.

“Terima kasih Azar cerita semua dekat saya, percayakan saya..,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Elle turut menepis segala dakwaan berhubung Azar yang heboh di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Azar meluahkan apa yang terjadi selama dia menghilangkan diri. Buat peminat dia, jangan risau. Azar sihat.. Semua gosip tentang dia tak betul,” jelasnya.

Sebelum ini, anak saudaranya menjelaskan aktres itu memilih untuk menjalani kehidupan yang sangat privasi, malah tidak diketahui oleh ahli keluarganya.

Untuk rekod, kemas kini terakhir hantaran di Instagram Azar dibuat pada 6 Mei 2022, manakala difahamkan kali terakhir dia muncul membintangi drama di TV pada 2021 lalu.

Sumber: Elle Rahman

Scroll to Top