Jurumekap dedah MK K-Clique minta labuhkan tudung isteri

Jurumekap dedah MK K-Clique minta labuhkan tudung isteri

Seorang jurumekap artis mendedahkan penyanyi rap, MK K-Clique meminta tudung isterinya Siti Hajaar Syeikh Nordin dilabuhkan sebelum melangsungkan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu lalu.

Menerusi satu hantaran video di laman Instagram, Nurul MF yang bertindak sebagai penata gaya menyifatkan wanita tersebut dimiliki oleh lelaki tepat sebagai pasangan hidup.

ā€ ā€˜Kak, minta tolong labuhkan lagi tudung isteri sayaā€™ ā€“ MK K-Clique
ā€œAlhamdulillah youā€™re are in the right hand Hajaar. Semoga Allah terus pelihara kalian berdua,ā€Ā tulis jurumekap berkenaan.

Video berdurasi 49 saat itu memaparkan transformasi antara sebelum dan selepas Siti Hajaar disolek dengan menggayakan persalinan serba putih hasil pereka fesyen popular, Rizman Ruzaini.

Meninjau di ruangan komen, segelintir netizen memuji tindakan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan yang berusaha bagi menjaga aurat isterinya.

Namun begitu, rata-rata terpesona dengan kecantikan wajah Siti Hajaar yang dilihat manis selain perwatakan lemah lembut sehingga tidak jemu mata yang memandangnya.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan itu selamat dinikahkan di Masjid Jamiā€™il Huda, Ampang dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat serta sekumpulan pengamal media.

Sumber: Instagram Nurul MF & MANGOTOUCH

Scroll to Top